teringin plak nak makan spaghetti....
resepi ni dapat dari : http://www.jomlayan.com/mybb/pelbagai-jenis-pasta-dan-resepi-spagheti-t-480.html
Spagetti 
Bahan-Bahan:
1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin Prego pasta sauce
2 biji tomato yang dibuang kulit (cincang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bwg besar (dimayang)
Butter & minyak masak
Cendawan butang tin belah 4
Pepper, Oregano , Garam
Sedikit gula, Mayonis
Grated cheese
Cara:
Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
Masukkan spagetti dan masak hingga lembut
Angkat dan toskan dlm tapis
Utk mengelakkan spagetti melekat, campur sedikit butter.
Kuah:
Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
Masukkan 1 tin Prego pasta source, cendawan butang, peeled tomato, Kacau.
Masukkan oregano, pepper, garam, gula, kacau.
Letakkan spagetti dlm pinggan,
tuangkan kuah di spagetti,
letak sedikit mayonis dan taburkan cheese.
-






0 comments:
Post a Comment