Makaroni Goreng
Bahan2:
250 gm makaroni
250 gm isi ayam/daging
Sosej 3 ketul ( potong sesuker ati )
Tomato 2 biji
Brokoli / kubis bunga ( sukerati )
Mix vege ( sukerati )
Sedikit tomato puri ( agak2 )
Sos tiram
Sos cili
Bwg putih ( potong dadu )
Bwg besar ( potong dadu )
Oregano
Bay leaf
Sedikit lada hitam ( kisar )
Garam
Minyak masak
Air ( jika perlu )
Preparation:
1. Rebus makaroni ikut masa yg disarankan
Dah cukup lembut, tapiskan dan basuh bwh air mengalir.
Tos dan sejukkan.
2. Ayam potongla sesuker ati. Kalu daging aku ske guna Ramlee yg dlm plastik tuh. Senang.
Tak yah rebus, nti terus goreng jer.
3. Tomato potong dadu. Tak kesahla cara mcm mana pun.
4. Brokoli potongla sesuker ati anda.
5. Tomato puri tu kalu suker masam letak lebih. Kalu tak ske sket cukupla.
Kalu taknk langsung pun boleh. Letak sos tomato jer.
6. Sos tiram agak2la dlm 2 sudu beso. Sos cili kalu nk manis sket letak lebih.
7. Aku guna myk masak je. Tp disarankan guna minyak zaitun sbb lebih afdal ( Itali stail )
dan lebih berkhasiat. Guna dlm 3-4 sudu cukup kot.
Langkah2 menggoreng:
1. Panaskan minyak dan masukkan bwg putih dan bwg besar.
2. Bila dah wangi dan garing sikit, masukkan ayam. Kalu daging, goreng hingga garing
dan masukkan sedikit air. Biar lama sikit agar empuk.
3. Kemudian masukkan tomato puri. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan sosej, brokoli dan mix vege. Gaul sebentar.
5. Masukkan sedikit air supaya mesra.
6. Biar air sedikit kering, masukkan pula garam, sos tiram dan sos cili.
7. Kemudian masukkan tomato, oregano, bbrp helai bay leaf dan lada hitam .
8. Akhir sekali, masukkan makaroni dan gaul rata sehingga semua makaroni bersalut sos.
9. Jika ske goreng hingga kering. Selalunya biar agak lembap baru sedap.
ps source : http://www.jomlayan.com/mybb/pelbagai-jenis-pasta-dan-resepi-spagheti-t-480.html
-






0 comments:
Post a Comment