THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

...* Nuffnang *...

Wednesday, April 1, 2009

...*adakah aku dah bersedia untuk menjadi seorang isteri????*...

Published on:
March 31, 2009 at 3:57 am

...*adakah aku dah bersedia untuk menjadi seorang isteri????*...

em.. berat tanggungjawab untuk menjadi isteri...dan seterusnya menjadi ibu... adakah aku mampu menjadi bakal isteri yang baik untuk lelaki bernama Ahmad Hakimi yang sememangnya begitu baik buat diriku... tak ku nafikan, dia memiliki ciri2 yang ku cari selama ini...and yang paling penting dia telah membuat hari2ku cerah dan bahagia... alhamdulillah....

keadaan persekitaran telah membuka luas mataku... tetapi mama merupakan idolaku... seorang ibu dan isteri yang solehah.. walaupun dia tidak mengajarku secara detail tetapi dia mengajarku secara halus melalui tingkahlaku, sikap dan melalaui dirinya... yang aku kagumi .."ketaatannya", "kebaikannya", dan "kesucian hatinya" walaupun apa jua dugaan yang menimpa dirinya dia tetap setia dcc suaminya iaitu papa ku.. mama u r the best..

alhamdulillah aku tidak malu beribukan mama ku..kerna tidak perlu menunjuk diri tu "warak", "alim", baik yang kononnya suci hatinya tetapi telah mengkhianati suaminya... curang dibelakang suaminya.. Nauzubillah... mohon dijauhi semua itu dari diriku dan mamaku... amin...

aku ingat lagi..papa penah cakap " mama, isteri yang akan masuk syurga... " alhamdulillah... walau mcm mana susah pn mama, tak pernah menyusahkan org lain..tak pernah bersuara dan tak pernah meminta belas kasihan orang lain... alhamdulillah.. mama mengajar aku supaya tidak berhutang, tidak bergantung hidup dengan belas kasihan orang dan tidak menyusahkan orang lain... dan satu perkara yang aku kagumi mama takkan keluar kemana-mana tanpa izin papa...

cuma yang aku kesali orang mengambil kesempatan diatas kebaikannya dan tidak memandang kebaikannya malah menghina dan menyalahkannya...walau dikata apapun..dia tetap berdiam diri... mama betapa tabah hatimu... setiap kali aku mengenang dan mengingati setiap perkara etntang dirimu..hatini sayu...

InsyaAllah aku akan cuba menjadi Isteri yang terbaik suatu hari nanti...InsyaAllah... mama mengingatkanku bahawa syurga dibawah tapak kaki suami bila berkahwin kelak... dan jangan sesekali membelakangi dan mencuranginya...

akan aku cube memperbaiki diri ini dan menjadi yang terbaik sebagai anak dan juga bakal isteri dan bakal ibu... InsyaAllah...

0 comments:

My Beloved Family and Hubby